kapal terbang mendarat...kami pun menjemput orang kaya-kaya morocco dari lapangan besar itu jam 5.30 petang.
entah angin apa yang melanda morocco???orang kaya-kaya morocco berkunjung ke negara khatulistiwa yang panas lembap ni..pening sang pujangga memikirkannya..tapi tauke batu mozambique menerima kedatangannnya semeriah syawal yang bakal menjelma...
kami menuju ke destinasi istimewa untuk berbuka puasa...kelihatan kelibat tauke batu mozambique sedang berborak dengan orang kaya-kaya morocco tanpa jemu sedikitpun sambil menikmati juadah berbuka..
apa2 pon nanti kami akan beraya bersama agaknya... kata sang pujangga
bas berhenti....tauke batu mozambique menghulurkan sekeping duit biru.sang pujangga pun begitu.kami menuju ke summit usj dalam keadaan perut kosong.katanya nak beli baju raya.
setibanya kami disana....memang la nak beli baju raya..tapi banyak ujian kami tempuhi,dengan kehadiran Sang Makanan Enak di merata-rata tempat.deras mengalir 'saliva' masuk ke dalam tekak.akhirnya kami berjaya juga membeli baju raya sambil melawan ujian demi menunaikan syariat Allah...
stesen bas...kami menunggu hampir setengah jam,bas belum tetap muncul.
--------------------------------------------------------------
sang pujangga:mana bas ni????aku dah penat ni....
tauke batu mozambique:ala,pemandu tu lagi penat,dia bekerja,kita tak...biasa la lambat sket.
--------------------------------------------------------------
kami ke surau....seusai solat terawih,kelihatan bas baru menyelesaikan tugasnya seperti dalam gambar diatas....itu bas..kalau PEMANDU.....bilalah pemandu-pemandu nak beramal dalam bulan ramadhan ni,tengah pagi agaknya..sang pujangga boleh buat terawih macam biasa,pemandu mana boleh sebab kena buat tugas lebih penting...hmmmm.....
"biasalah bulan ramadhan."balas sang pujangga.
tauke batu mozambique mencari-cari juadah apa yang sesuai dengan seleranya yang agak berbeza dengan orang lain.apa yang dibelinya hanyalah 3 buah kebab campur.maklumlah duduk di negeri afrika.itu sahaja yang dibelinya.
sementara ditangan sang pujangga ada beberapa plastik yang dipenuhi makanan dan minuman lazat berbanding tauke batu mozambique yang membeli kebab semata.lain orang,lain sifatnya aku tafsir.
kami pun pulang seusai membeli di bazar ramadan Taman Tun Dr. Ismail.
sang pujangga : sikitnya kau beli.kau jangan PAU aku nanti he..
tauke batu mozambique: sikit??ok lah ni.buat pe beli banyak-banyak.buat tahi je.
hmmmm....betulkan kata tauke batu mozambique..walaupun pelik tapi sepatutnya sang pujangga terima apa yang dia cakap.bukan dia je tapi semua orang.
tauke batu mozambique belum sempat duduk lagi....kerusi gondola bergegar bagai gempa bumi....toleh abu mubin kebawah setelah gondola berpusing naik keatas.....kali ini ribuan semut warna -warni merangkak-rangkak dibawah tauke batu mozambique.....'betul ke nampak malaysia dari atas ni???'....kali ini soalan tauke batu mozambique terjawab melihat klcc dibalik kepulan awanan putih....'takdela nampak sangat dari atas ni'.... tauke batu mozambique seorang diatas bersama manusia jakun lain yang nak sangat tengok malaysia.... tauke batu mozambique melambai-lambai sang pujangga dari tingkap cermin gondola.....
sang pujangga dibawah merisaukan tauke batu mozambique yang jakun tengok malaysia dari gondola tu kat atas....sang pujangga tak boleh naik sebab harganya mahal.... tauke batu mozambique pulak tak cukup duit nak bawak aku sekali....tp tak apa sang pujangga dah pernah naik gondola tu...bukannya seronok sangat pon...sang pujangga dibawa fikiran pelik...sang pujangga terbayang tauke batu mozambique sahabatku jatuh dari gondola....akibat besi gondola yang mulai rapuh....sang pujangga tersedar semula....gondola itu masih tesergam indah dihadapan mataku...harap-harap tauke batu mozambique okey tanpa sang pujangga diatas.....wah...besar jugak roda ni...kalau naik sekali lagi pasti best dengan celoteh tauke batu mozambique yang jakun tengok malaysia....
tekan sini untuk melihat gondola dengan lebih besar....
assalamualaikum...........kini ruang penulisan telah membesar.......